Nota Untuk Kekasihku

Kata-kata tidak menjadi bila aku cuba berkata
Kata-kata lebih bahaya
Tulisan lebih tepat
Kerana tulisan bisa merawat

Aku harap saat kau baca puisi ini
Engkau masih disisi
Dan aku masih disini
Atau mungkin engkau suami
Dan aku isteri

Sayang, hari ini mungkin sukar
Malam hari tak habis bertengkar
Tapi hati tak pernah pudar
Pedulikan yg di luar
Kerna yang di dalam dunia kecil kita ini
Hanya aku dan engkau yang benar.

Comments

Popular Posts