Antara cinta dan pergi
Antara 1 dan 4 ada 2 yang terikat 3 tahun hampir 4 Antara terbit dan senja Ada pagi yang penuh cita-cita dan malam yang penuh tepuk tampar, gelak ketawa antara cinta dan pergi ada destinasi yang menanti impian yang dirancang rapi dan janji hidup semati Antara cinta dan pergi ada aku yang cuba memaafkan iman yang goyah serta nafsu serakah yang tak dapat aku faham dan buat aku memikirkan soalan yang paling aku benci mahu terus cinta atau pergi?
