Tulisan kelmarin
Penat-penat aku mengarang
Yang dibaca tidak dihadam
Terang-terang aku berkata
Belum aku kata dia dah lupa
Jadi biarlah aku tulis sekali lagi
Bukan susah untuk berpuisi
Yang penting ada isi ada hati
Yang kelmarin kamu baca
Itu namanya cinta
Yang tidak mahu aku zahirkan
Sekiranya kamu tidak berikan
Dan yang kelmarin itu,
Namanya cemburu
Nak diberi tahu
Tapi aku percaya sepatutnya kamu sudah tahu
Dan yang kelmarin itu juga,
Namanya aku
Aku yang tidak tahu apa isi hatimu
Yang dizahirkan juga tidak aku mengerti
Inikan yang di dalam, apatah lagi
Dan yang kelmarin itu,
Aku tulis berdasarkan dahulu
Di mana kamu masih boleh memberi waktu
Kata-kata yang membuat aku tahu
Yang kau benar-benar cintakan aku
Dan lupa pada yang itu
Aku harap kali ini terang
Tentang apa yang buat aku naik berang
Solusinya sudah aku susun
Sudah aku ajar satu persatu
Takkan itu pun tidak tahu?
Comments
Post a Comment