Antara cinta dan pergi
Antara 1 dan 4
ada 2 yang terikat
3 tahun hampir 4
Antara terbit dan senja
Ada pagi yang penuh cita-cita
dan malam yang penuh tepuk tampar, gelak ketawa
antara cinta dan pergi
ada destinasi yang menanti
impian yang dirancang rapi
dan janji hidup semati
Antara cinta dan pergi
ada aku yang cuba memaafkan
iman yang goyah serta nafsu serakah
yang tak dapat aku faham
dan buat aku memikirkan
soalan yang paling aku benci
mahu terus cinta atau pergi?
Comments
Post a Comment